Wednesday, September 7, 2011

Inappopriate Drama.

Baru2 ni ada terbaca pasal filem "Hantu Bonceng" lakonan Zizan yang dikatakan menghina Islam. Xtau nak cakap ape sbb x tengok lagi movie tu.. ada orang cakap best, ada orang cakap membazir duit je pergi tengok.. tp dengar kata kutipannya dah cecah RM5 juta dalam masa 5 hari... wow...well, biasalah kat Malaysia ni filem2 camtu la yang paling laku.. kadang2 bosan dengan genre filem kt negaraku yg tercinta ni.. asyik2 hantu, mat rempit, gangster, anak mami...hantu, mat rempit, gangster, anak mami... bila ler nk kuar cerita yang 'bijak' sket...


Tapi ni nak cerita pasal "drama yang menghina Islam"... x sure la nak kata "menghina" cuz that word is pretty harsh.. anyway, ingat x lagi drama Dunia Baru kat tv3 dulu-dulu? Yang lakonan Elyana tu... actually x minat sangat pon cerita tu tp dalam x minat2 tu ada banyak episod gak yg aii tengok..hehehe


Antara part yang dirasakan (atau mungkin perasaanku saja?) inappropriate ialah watak Pierre Andre sebagai Mohd Adif yang digambarkan awal2 cerita sbg seorang yang 'pious' dan diberi didikan agama secukopnya oleh ibu dia yg ala2 ustazah tu... (yang slalu mengeja word 'keberkatan' tu..lol..) dan dia juga digambarkan sbg sorang yg awkward dgn pompuan sbb dia kan alim... tp bila dah duduk kt universiti tu, tiba2 watak dia berubah... makin sosial dan makin intim dgn pompuan. Ak pon x sure apa yg nk disampaikan pengarah, adakah dia nk bgtau yg si Adif ni berpura-pura alim dengan ibunya saja walhal di luar dia sebenarnya 'normal' seperti remaja2 lain.. or dia nak tunjukkan orang alim pon sebenarnya boleh bercampur dengan budak2 pompuan dan enjoy sakan macam org lain... idk. Tp yang pasti, ini mengelirukan penonton dan apa mesej positif yg nk disampaikan?



Watak Anne sbgai Madihah yg bertudung dan seorang yang gila2 dan clumsy
Dalam drama tu dia ada join persatuan yang ala2 macam usrah dan dia cakap dia sangat berminat dengan agama.Tp dalam drama tu dia pakai tudung ikat dekat leher jer... dan ada satu part tu dia kuar rushing nk pergi mana ntah and terlupa pakai tudung..(pernahke anda terlupa pakai tudung bila nak kuar bandar?) pastu terserempak plak dengan sorang kawan lelaki dia... n budak tu cakap something like, "eh Madihah..wah, lainla muka kau kalau kau x pakai tudung..." Tp xsure gakla... maybe watak Madihah dalam cerita ni sorang yg baru2 nk pakai tudung? tp ntah nape ak terasa pengarah semacam mempersendakan tudung jer..idk??



Watak Opie lakonan Elyana... ada satu scene dimana budak2 universiti tu ramai2 pergi sembahyang kat masjid.. x igt la solat terawih ke or solat Isyak sbb time tu malam. Habis jer solat, si Opie ni dengan still bertelekung berlari2 jumpa Adif kat bahagian luar tempat sembahyang lelaki.. xtau la apa sbbnya tp mmg x appropriate langsung scene ni sbb org2 laki tgh kuar masjid and si Opie ni dengan selamber and excitednye melambai, memanggil, berlari dan berborak dengan Adif dekat pintu masuk tempat solat lelaki.. x tau la nk describe cmne tp agak x kena disitu dan kalau pengarah nk cakap yg wtk Opie ni kurang alert dengan hal2 agama, xla plak si Adif tu tegur; "emmm awk...pompuan xleh masuk sini... sini tempat org lelaki..." or something similar supaya penonton tau benda tu salah.





Maybe ada banyak lagi tp ini je lah yg ak ingat2.. lgpon drama ni dh lama.. time tgk kt TV tu mmg la ada rasa 'eeiii....this is not right' tp sbb xde dgr org lain kata ape2..so, ak pon x pikir2kan sgt la. Maybe itu cuma perasaan ak jer ...and pengarah sebenarnya x berniat pon nak mempersendakan agama.. tp, cuba korang tgk video kat bawah ni:




Don't ya feel anything???? This is from Dunia Baru the Movie and ak teringat ada scene dalam drama Dunia Baru, diorang buat concert kat universiti dan si Adif pon menyanyikan lagu Sepohon Kayu dengan style rock yg sama dlm vid ni. What's the point?? Is this supposed to be funny??

No comments:

☼ ☀ ☁ ☂ ☃