Monday, February 6, 2012

Dakwah.

"Rase2 la kn.. Anugerah yg d0wng mng nie b0ley bawak msuk dlm kbur x nti… :) rambut saye hanye utk husband.. Kulit sye hanye hsbnd sye jer b0ley tgk.. Fuhh.. Harap kekal la iman.. :)"
 "dasar ahli neraka jahanam…"
 "moga2 artis pompuan yg “tak tahan panas” tu insap n dpt jauhkan diri dr neraka.. kang kat neraka panas nak buka baju ape lak?"
 "dia pakai skirt jugak bodoh. kalau dia lelaki takpe la bangang. lelaki aurat pusat hingga lutut. bodoh!"
 "Lalu berkatalah api nerakaa..best2..ramainya akan masuk ke dalam kawahku kelak..tak sabar nak tunggu..akan ku salai semua betis2 gebu kat atas,akan ku bakar semua rambut2 yang dipamer..sure aku kenyangg…burrpppppp !!"
"....lagu macam nak masuk jamban berak sembelit hitam…fashion plak cam Nasrani mabok. Semoga Allah membuka hatinya untuk berhijab betul2."
(komen dari pelbagai pengguna internet)

Semua nak berdakwah, semua nak mengajak ke arah kebaikan, tapi berapa ramai kah yang betul2 mengamalkan adab2 berdakwah?

Antara adab dalam berdakwah ialah berhikmah dan bijaksana;

Hendaklah dakwah ke jalan Allah itu dilakukan dengan hikmah dan cara yang baik serta penuh lemah-lembut ketika menerangkan kebenaran, sebagaimana firman Allah Ta’ala :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

”Serulah ke jalan tuhanmu dengan cara yang hikmah dan pelajaran yang baik.” (QS an-Nahl : 125)

Apabila dakwah ke jalan Allah dilakukan dengan sikap kasar dan bengis, maka akan lebih banyak memudaratkan daripada memberi manfaat.

Dalam memberi nasihat dan menyampaikan Islam kepada org, hendaklah kita perbetulkan niat terlebih dahulu. Apakah niat kita? Ikhlas kah kita? Atau sekadar nak mengutuk dan menghina orang?

Janganlah sampai kerana bahasa dan tingkah laku kita yang terlalu kasar dan menghina, orang semakin membenci dan menjauhkan diri daripada Islam. Sedangkan niat kita hendak mengajak mereka kepada agama. Kadang2 sebab cara yang salah ini, ramai yang takut kepada agama Islam.




Mungkin sesetengah org rasa, perlu menasihati secara kasar bila masyarakat sudah terlalu degil, tapi janganlah sampai kita menyumpah seranah, memaki hamun dan senang2 jer menjatuhkan hukum neraka ke atas seseorang itu, ini langsung tidak mencerminkan agama Islam yang aman dan indah.

No comments:

☼ ☀ ☁ ☂ ☃