Wednesday, January 16, 2013

Warkah Cinta~ ♥


Assalamualaikum wbt;

Salam 2013..  syukur masih diberi kesempatan hidup hingga ke saat ini. Pernah ak ingat ak akan meninggal tahun lepas, atau bumi mmg betul2 akan berakhir tahun lepas.. iyalah, mitos 21/12/2012 tu kan.. boleh pulak ak percaya manusia boleh menentukan tarikh kiamat. Mana mungkin manusia boleh meneka perkara yang akan berlaku 1000 tahun kemudian, sedangkan nak teka cuaca hari esok pun x semestinya tepat.hmm... okay la tutup la cerita 2012 ni.

Blog, blog, ak rindu kamu.. ak ingin nak menulis setiap hari.. but it's not easy to write anymore.. kekangan masa, malas, tapi sebab yang paling utama, terlalu banyak benda yang ak takut untuk berkongsi. terlalu banyak benda yg ak terpaksa pilih untuk rahsiakan dari pengetahuan umum.

Tapi, ada satu yg ak boleh cerita..2, 3 hari ni, ak habiskan masa lapang dengan mnonton satu drama bersiri ni, tajuk dia: Warkah Cinta. Adaptasi novel Warkah Cinta Berbau Syurga (lebih kurang la, x igt sgt). ak x suka drama Melayu sebenrnya. X pernah teringin pun nak tgk Adam Hawa ke.. Nora Elena ke.. geli ah. Novel Melayu pun ak x pernah baca sebenarnya. Serius. Walaupun zaman2 sekolah dulu femes novel tebal ala2 kamus tu.. tp ak x pernah baca satu pun. x minat...

 Tapi drama ni.. menarik betul la.

Walaupun dialog agak skema.. lakonan agak kaku.. tapi ak suka sangat.
Kadang2 ak prefer cerita mcm ni, straight to the point, simple, mesejnya jelas. x perlu la nak berdrama bagai cm sinetron Indon tu.. serabut kepala dibuatnya.

I recommend people to watch it. Sedih la ceritanya. dan paling penting ibrahnya.

*syabas buat director/penulis skrip sbb mmg xde lngsung scene pegang2 antara pelakon- xde scene tidur sekatil wlupun watak laki bini, xde scene nk pegang2 wlupun nk selamatkan org accident, ect,ect. mmg terjaga semuanya..








Erkk.. cmne ak boleh tertgk drama ni? urm.. kisahnya bermula bila ak menyakat 'seorang' ni. Ak gurau2 suruh dia cakap 'I miss you' kat aku.. tapi dia x mau. Lalu dia kata.... Ungkapan cinta itu hanyalah untuk isteri dia yang sah sahaja. omo, tergolek ak depan laptop.. kena sebijik..haha

Lalu dia pun suggest utk ak tgk cerita ni.  itulah kisahnya.

No comments:

☼ ☀ ☁ ☂ ☃