Friday, October 22, 2010

My corridor Mates~! >>Imran

Ada orang tu.. request cerita pasal my corridor mates.. so, this one is for Miss Caralove, he3

We started from the first room,

Imran



Imran ni orang Islam, mak dan ayah dia dari Pakistan, tapi dah lama menetap di England dan dia juga lahir di England. Orangnya kecik dan cute aje.. mcm ak..hoho. Dia corridor mate yang first tegur ak, dan yang paling baik dengan ak. Maybe sebab dia pon kecik macam orang Malaysia, xde la ak takut sangat nak bercakap. x macam locals kat sini, badan besar nak mati..huhu. Ak ingat lagi satu hari tu dia ketuk pintu bilik ak, terkejut ak dengan Wani. Ha?? Sape mamat ni? x pernah nampak pon? Rupa-rupanya dia nak tanya arah kiblat ooo. Slalu jugak la ak bersembang dengan dia, dia sangat2 helpful. Hari tu ak tanya dia kat mana kedai jual tudung/selendang kat sini, dia pun x berapa sure, tp dia cakap, "It's okay, I'll ask my mom or maybe you can take some of her scarfs" eh, jangan2.. tak pasal2 lak nk ambik tudung mak dia. Lepas tu dia tunjuk sejadah dia yg cantik, n tanya kalau ak nak satu, "It's okay, I'll ask my mom to give you one," ei, x payah susah2! lepas tu tanya kalau ak ada al quran ke x de, kalau xde boleh amik dia punya. amboi, semua nak bagi kat ak ni..hahaha

Rumah dia dekat aja, tapi dia cakap mak dia slalu nangis kalau call dia.. aduhh~ dah tu slalu bagi makanan sampai penuh peti sejuk. "This is all the food my mom gives me, you can have them if you want" hish~habis semua barang nak bagi ak. Dia cakap mak dia memang tegas bab2 agama, ayah dia x berapa. Dia tanya ak, ak sembahyang 5 waktu sehari x? Eh, yelah, dah berapa waktu lagi sehari? nak buat lebih, eheh, masih berusaha ke arah itu.. dia cakap kat rumah dulu2 memang dia sembahyang 5 waktu, datang sini.. mm.. susah sikit la.. (=.=)~ oo.. cmtu ke..

Hari tu kakak dia datang melawat, ak pun excited la nak jumpa dia, imagine la dia macam prempuan2 Islam kat sini, ooh, rupanya meleset sekali jangkaan ak, kakak dia memang vogue habis! terkejut ak.. ala-ala Rihanna gitu~ dan first thing dia cakap kat ak, lepas cakap Hi,

"Do you really pray five times a day? wow.."
"em.. yeah.."
"sometimes more," Imran myampuk, eii, melebih2 plak budak ni.. lempang kang~

Ha ha, teringat plak hari tu, dia ada bawak kawan dia introduce kat ak, dia pon cakap la kat kawan dia,"She's fresh from Malaysia, she doesn't really know English" ha... ak x reti bahasa Inggeris?? mmm.. memang la ak susah sket nak cakap English, tapi setiap patah benda yg korang sebut, ak paham semuanya.. tapi bagus jugak ak buat2 bodoh, hee.. boleh la ak curi2 dengar kalau diorang nak mengumpat ke~

Imran agak bebas la, ikut kawan2 mat Salleh dia berparti. Tapi dia kata dia x minum or makan porky or pegang anjing. Tapi dia selamba aje dengan perempuan. Ada skali hari tu, ak tengah panik nak kunci pintu, sbb nak kena maraton ke kelas, tetiba ada orang cuit bahu ak dari belakang, o mak kau! tengok2 dia rupanya. "Are you alright?" Alright?? nak tercabut jantung ak ni terkejut! Kawan2 pulak bebas ja kluar masuk bilik dia, x kira laki ke perempuan. Tapi dia sangat excited kalau jumpa orang2 Islam lain, dan dia jugak semangat join Islamic Society kat Universiti. hmm.. well..

Nasib baik juga la ada dia. At least, apa-apa ak boleh bagitau dia dan dia boleh bagitau corridor mates ak yang lain. Macam hari tu, isu bacon dan ham dalam peti sejuk. Dia tolong explain kat corridor mates kami yang lain yang kitaorang x boleh campur makanan halal dengan makanan x halal dalam satu peti sejuk. Fuhh~ kalau ak la yang nak kena explain benda2 ni.. emm..memang x akan terjadi..hahaha...

tu baru sorang, ada lagi.. 6 orang!
next post will be about: Still

2 comments:

Miss Effe said...

calon abg ipar prtama
hahah !
next~ next~

xox Faiqah xox said...

x mau ak orang Pakistan!

☼ ☀ ☁ ☂ ☃