Tuesday, December 25, 2012

Benci la.

benci, benci, benci!



I know, xde orang yang berani panggil dia jahat.

sebab dia mungkin orang yang paling baik yang anda pernah jumpa.
paling rendah diri, paling tawadduk, paling sabar.
Masya Allah.

tapi ak suka panggil dia jahat. ok,bukan suka la.. tapi ak senang jer nak kata dia jahat, depan2 dia.

biar lah ak seorang jer yg dalam dunia ni yang panggil dia camtu

so, he would remember me as a 'different' and very 'complicated' one.


Allah.
tak layak aku berkawan dengannya.
=(

Maaf.

Wednesday, December 12, 2012

Saya puji anda, kenapa x mau terima?

"Haha, akhi org baik, soleh, comel... bla bla bla..."

Wah, bukan main seronok lagi aku memuji orang ni.
 Dan aku kira bila dipuji begitu dia akan gembira, tapi sebaliknya pula yang berlaku.

"Allah.."

nama Yang Maha Suci ini ditaipnya.
lalu ditaipnya pula beberapa baris doa.
memohon bantuan dan keampunan Tuhan.

Eh, terkejut aku.....
Kenapa? Kenapa? Aku ada tersalah cakap ke??

Bila ditanya, dia membalas; "Xdela... saja baca doa.."

hurm.. musykil aku.
Tetiba jer nak baca doa kan.
Tapi sebab akal ini pendek, aku selamba jer sambung sembang...
langsung tak terpikir nak tahu lebih lanjut...=_="

Beberapa hari selepas itu,
kat FB ada orang share pasal Adab Memuji.
Bila aku baca artikel itu... erk.. baru ak notice something..
Sebab rasa cam artikel tu x cukup info, aku try lagi search kt Google....
O my God... memang aku dah buat silap hari tu..huhu

Hendaklah kamu enggan/tidak senang/benci bila orang memberikan pujian kepada kamu.
hadis;
 Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: " Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: "Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Lihatlah perkataan yang ana boldkan itu, bagaimana Rasulullah menyifatkan pujian itu sebagai 'memotong leher' ini menunjukkan betapa merbahayanya lafaz pujian yang terungkap di bibir manusia untuk manusia kerana 'pujian' adalah hak mutlak Allah swt, dan segala kebaikan yang melata di bumi adalah daripada Allah jua, maka kepada Allah jualah kita kembalikan. Jadi berhati-hatilah mengungkapkan kata-kata pujian, insya'Allah ana akan kongsikan bagaimana seharusnya kita melantunkan kata-kata pujian agar pujian kita itu tidak membahayakan orang yang dipuji.

 Lihatlah saudaraku yang sehati seiman dan seperjalanan, betapa dengan pujian boleh mengakibatkan perubahan pada diri seseorang itu. Terang dan nyata bahawa pujian itu bakal membinasakan orang yang dipuji. Allahu akbar! Kawallah lidahmu duhai saudaraku daripada melontarkan pujian, andai anda tidak mahu ramai lagi insan yang terkorban akibat daripada pujian anda.
Tapi memberi pujian dan  menerima pujian masih dibenarkan dalam Islam, cuma ada lah garis panduan serta adab2 yang perlu diikuti, seperti:

Mulakan pujian kita dengan memuji-muji Allah swt. Sebagai contoh; "Subhanallah, Masyaallah, Tabarakallah solehnya dia, semoga Allah mengekalkan kesolehannya, insya'Allah..". Jangan lupa doakan orang tersebut setelah kita memujinya, sesuai dengan adabnya yang telah dijelaskan semoga Allah berkenan mengekalkan kebaikan kepadanya, insya'Allah. Dan semoga dia terselamat daripada kebinasaan.

 Dan bagi yang dipuji pula, bagaimana adab menerima pujian? Hendaklah kembalikan pujian tersebut kepada Allah, dan menyatakan cela diri, lemahnya diri dan semua itu adalah daripada Allah jua. Sebagai contoh, "Allahu akbar, Alhamdulillah, ini semua pemberian Allah swt, tidak ada kekuatan/kelebihan sedikitpun pada diri ini melainkan semuanya milik Allah" lalu berdoa kpd Allah di dalam hati, agar Allah memelihara diri daripada kemurkaanNya.

Fuh.
Tarik nafas dalam-dalam.

 Tak sangka pujian itu sebenarnya sangat bahaya sampai boleh membinasakan amal/akhlak/iman seseorang itu. 
Niat ku bila memuji seseorang, supaya orang akan happy, motivated,dll
tapi sekarang aku jadi sedih pulak.
Jahil nya diri ini, adab memuji pon x tau lagi. huhu.



 #reminder to self
sesungguhnya tarbiyah Allah itu indah~



Quotes ana copy dari page ni, sila baca artikel penuh yer, insya Allah bermanfaat...;)
 Awas dengan Pujian!   

 


p/s: Aduh...rehat jap daripada PPELT..

☼ ☀ ☁ ☂ ☃