Sunday, October 24, 2010

My corridor Mates~! >>Tom, Jay, Lee, Amy n the Unknown



Ha.. kumpul semua skali dlm satu post..muahaha
act, ak xtau nak cerita apa pasal diaorang, sebab x kenal sangat.
secara amnya,



Amy duk sebelah bilik Imran,
dia agak chubby dan berambut blonde kuning ala2 Gaga,
Dia suka sangat pakai bunga sekuntum atas kepala.. trend orang sini kot..
Dia ni baik jugak la,
kalau terserempak tegur je..

Amy suka memasak,
dia slalu la duk masak brownies, biskut la..macam2
dan dia selalu ajak kawan dia yang dressing macam lelaki tu datang masak sama2
Tapi masalahnya, dia ni x suka kemas dan suka wat kotor dapur,
hal ini diakui sendiri oleh corridor mates ak yg lain..
haish~



Tom pula duduk sebelah bilik Amy,
depan bilik ak,
Dia la bagi ak yang paling cute kat sini
ak suka dengar suara dia yang childish tu..hahaha
tapi.. x delah childish dan innocent sangat ponn!
Dia suka bawak perempuan masuk bilik dia,
dan paham2 je la.. berasmaradana la dalam bilik tu..
ak rasa dah dua kali ak dengar bunyi2 pelik dalam bilik dia,
yang last masa Nazihah dengan ak duk masak kat dapur..
aiyak, malunya kat Nazihah.

Dia ni suka buat bising kat coridor tu,
nak2 depan bilik ak,
hari tu pukul 3 pagi,
dia duk berkejar2 dengan sorang perempuan ni,
"She stole my duvet!"
lepas tu diorang duk bersila depan bilik ak,
duk bersembang,,
ya Allah, bisingnya!! oii, orang nak tido la! dah pukul 3 pagi ni!!

Hari tu dia duk main baling2 kunci
depan bilik ak, kebetulan ak nk kluar pergi kelas,
"What are you doing?"
ha... tau plak buat muka bersalah... adoiii, macam2 la..



Lee pulak duk bilik sebelah ak,
orang nya senyap dan pemalu skit..
xde ape la nak cerita..
dia ni x la timbulkan masalah sangat
orangnya cool ajer..



Jay pulak duk sebelah kanan bilik Lee,
dia ni suka dressing ala2 emo/goth gitu..
dan x pernah kluar bilik tanpa pakai eyeliner tebal2
ak terpikir gak kalu ada fire alarm,
dia pakai eyeliner gak ke sblom turun? hahaha
dia ni baik jugak la,,
despite appearance dia yang agak menyeramkan tu..hoho



the unknown ni plak duduk sebelah bilik Jay,
ak x tau nama dia apa
ak pernah nampak dia sekali saja
dia perempuan dan mat salleh jugak
tapi seriously,
x pernah nampak dah sejak hari tu..
ak pon sgt2 heran, wujud ke x dia ni sebenarnya?


ye, Cik Caralove,
Sekian saja kisah corridor mates ak yang macam2 perangainya
ceh, macam la ak ni normal sangat
memang sesuai la diorang longgokkan kami dalam satu korridor ni..huhu

1 comment:

CaraLov3 said...

hahah
elok sgt la tu
kumpul ramai2 da freaks
hii

☼ ☀ ☁ ☂ ☃